احمد فضلى's Blog =)

| MumBling |

Sunday, August 31, 2008

Terawih dan Ramadhan

Assalamualaikom wbt
di sini saya ingin berkongsi bersama tuan2 dan puan2 tentang apa yg diberikan oleh ustaz ahmad nizam bin ariffin utk tazkirah terawih utk mlm terawih yg pertama ini

tajuk tazkirah ini ialah kesediaan (spiritual) menyambut ramadhan.
sesungguhnya Allah berfirman "Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa" (2:183)
[ada lagi sambungan saya lupa]

maka menurut ayat di atas Allah swt telah mewajibkan kita berpuasa di bulan ramadhan yakni bulan yg mulia. pada mlm tadi,kita baru saja didaftarkan,menjadi murid2 di universiti@madrasah ramadhan. hal ini kerana dalam bulan ini kita akan dididik,diasuh,diajar tentang pelbagai perkara yang dapat kita mendekatkan diri kepada Allah swt dan seterusnya benar2 bertaqwa kepada-Nya.
sebab itulah tajuk pertama tazkirah kita malam ini bertajuk kesediaan spiritual menyambut ramadhan. apakah bersediaan yg telah kita lakukan? seperti di dunia,pada hujung bulan ramadhan nanti,kita akan diberikan sijil.sijil ini bukanlah seperti sijil SPM,UPSR,@ PMR,tetapi ini adalah sijil daripada Allah swt kepada hamba2-Nya yg berpuasa di bulan Ramadhan.Sijil ini ialah sijil taqwa.ayat al-Quran di atas telah menerangkan secara umum bahawa kita akan bertaqwa sesudah berpuasa selama 30 hari dalam bulam ramadhan tetapi sejauh manakah taqwa kita selepas kita selesai menunaikan ibadah puasa? itu persoalan utama yg mesti kita ketahui.
baik,seperti peperiksaan di dunia,kita akan mendapat gred2 yang tertentu sesusah kita menuntut di sesuatu tempat.tetapi di dalam madrasah ramadhan,seperti yg dikatakan sebentar tai,terdapat beberapa kategori taqwa yg telah diberitahu kepada kita. diberitahu bahawa terdapat 4 jenis taqwa @ sijil yg akan diberikan kepada hamba2-Nya yang menjalankan ibadah puasa nanti.sijil2 ini tentulah berdasarkan amalan yg kita lakukan semasa kita berada dalam bulan ramadhan seperti juga di madrasah2 yg lain,mengikut ilmi yg kita ada dan berapa kita dapat skor dalam satu satu peperiksaan itu.
di sini,saya akan terangkan 4 jenis taqwa itu.

1) Mumtaz (yakni terbaik,cemerlang,jika dibandingkan dengan dunia,A1 laaa)
2)jaid/jaid jidan (baik,bagus)
3)makbul (atas urat,cukup2 makan,kira lulus la nk banding dengan peperiksaan dunia ini)
4)mardud/kosong(yang ini,fail...E klau nk banding ngan dunia)

rasulullah saw pernah bersabda yg lebih kurang maksudnya ramai orang di mana dalam bulan ramadhan yg berpuasa cuma mendapat lapar dan dahaga saja.

puasa ini sebenarnya bukan sahaja hanya menahan lapar dan minom dan tidak melakukan persetubuhan.jika hanya ini yg kita tahu,maka puasa kita ini sama saja seperti puasa2 non-muslim. orang muslim yg berpuasa berdasarkan syarat2 sah puasa mendapat pahala manakala yg puasa 'buta' sahaja dikatakan sama saja seperti puasa non-muslim,tidak diberikan apa2,yang dapat cuma lapar dan dahaga.

oleh itu,kita dapat kategorikan orang yang puasa ini kepada tiga golongan.ini hanya ulangan supaya kita dapat igt kembali dah muhasabah diri kita

golongan:

1)yg pertama disebut sebagai golongan awaam - golongan ini tidak lain tidak bukan hanya puasa utk menahan diri daripada makan,minum,bersetubuh dan berjimak. yang jenis2 nie susah crita dia. kurang ilmu dan masih melakukan perkara2 lara dan yg boleh membatalkan pahala puasa seperti 5 perkara yg disebutkan oleh ustaz ahmad nizam tadi ialah

1-dia masih berbohong,mana2 dia p pon mohong ja keja dia
2-mengumpat,biasa lar,lepak2 mula2 tu sembang baek2 la..tapi lepas tu dia masok laaa hal2 orang..
3-mengadu domba, hak jenis nie mmg jenis pelaga orang.dia angin orang sini,api orang sana..saja..
4-golongan yang bersumpah2 palsu
5-orang yg dia pandang sesuatu dengan nafsu syahwat, dia tgk sebagai contoh perempuan yg tidak menutup aurat dan mula laaa..paham2

jadi,orang2 yg melakukan perkara yg diatas hilang pahala puasanya,jadi sama saja dengan puasa orang non-muslim

golongan awwam nie dia antara mardud dan jika bernasib baek dapat makbul sijilnya nt di akhir bulan ramadhan

2)golongan khawas,yakni golongan yg berpuasa menahan lapar,dahaga,perkara2 yg membatalkan puasa dan menjada anggota badannya dan pancainderanya daripada melakukan perkara2 yg boleh membatalkan puasa dan mengurangkan pahala2 puasa.

golongan ini insyaAllah dapat sijil jaid/jaid jiddan di hari konvokesyen nt.

3)dan golongan ketiga dia lebih hebat dari golongan yg kedua tadi iaitu namanya golongan khawas ul khawas yakni puasa para2 nabi . menjaga rohani,jasmani dan batin ketika berpuasa dan yg ini mendapat sijil mumtaz di hari konvokesyen nt.

setakat ini sahaja dulu,saya pon mengantok dh nie actually :p

yg baek itu dari Allah swt dan yg burok itu dari kelemahan diri saya sendiri

Assalamualaikum wbt..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home