احمد فضلى's Blog =)

| MumBling |

Friday, April 24, 2009

Tazkirah Jumaat: Mengapa Muslim biarkan hati mati

Ustaz Zainudin Hashim
Fri | Apr 17, 09 | 10:07:12 am MYT

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)

Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.

Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).

Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)

Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah. - lanh

Labels:

Wednesday, April 22, 2009

Cameron Highlands

Going for a trip with friends in the morning such a wonderful thing to do =)
perjalanan masih jauh

17 orang pelajar sebuah universiti di perak bertolak ke cameron highlands pada jam 0700 dari universiti itu. satu kejayaan yang sangat hebat bagi mereka kerana mereka ini sangatlah susah untuk bangun pagi2 hari. perjalanan ke cameron highlands mengambil masa lebih kurang dua jam
i was wondering this snicker can be eat or not

sungguh lama perjalanan itu...

di kala bosan


perjalanan ke cameron sungguh nyaman, tidak perlu air cond untuk menyejukkan badan anda
sungguh sejuk sehingga menggeletar kepala2, ehem2

bergambar kejap

our 1st pit stop, in front of a shop.. dah lupa nama kedai tu tapik best sangat sebab sejuk ja sepanjang perjalanan ke sana, macam2 laa jadi, part xleh blah bila gen g tegur kwn dia tgh tido tepi jalan ( ed,puet ngan aku tau ar sape kawan dia tu wakakaka )

burp


lepas makan tangkap gambar lak haih~ nasik lemak macam best, gelak sakan time ni kenakan kacang LOL =)

hardgay!

pit stop nno 2, tea shop, kt sini permandangan dia indah nyaman sejuk mata memandang, brenti usha2 tempat ngan ambil gambar sahajaa.. aku em botak man ngan majid turon g ladang teh tgk dari dekat mcm manaa bentuk pokok teh ni hahaha pastu eD menyusul..

so peaceful

strawberry farm =)

yeah 3rd pit stop = strawberry farm, kt sini x leh masok farm dia tatau sebab apa mayb xnk orang curi strawberry kot haha, dapat tgk pokok kaktus sahaja, tapi ice cream dia pergh! mantop!


pergh!

sangap

klau x caya sedap x sedap tgk je la muka ayie niii dapat bayang macam mana sedapnya ice cream dia, bg aku yg sedap sebab dia ada topping tu, sos strawberi..aweeesoooommme!!!!


hmmm

tetiba ujan pulak lepas strawberry farm tuu, hmmm tempat tinggi mmg biasa laaa ujan2 niee..klau ujan2 ni apa lagi 'mengeteh' sedap jugak ^^


'mengeteh'


aaaaa pastu layan laa teh kt satu kedai yg eD cakap best nie tapi mmg best pon, dari atas tu leh nmpk permandangan ladang teh mmg awesome! ujan2 minum teh panas tapik bukan perisa masala yg addy,em ngan man suka tu wakakkaka ;p (sorry ! )

kabus ribut!


pastuu, singgah sk convent, sekolah ni mcm berantu mcm best jugak nk singgah2 usha2 peninggalan hang jebat ka kot ada dulu2 nieyh~...time ni la start ujan actually rintik2 tapik mmg sejuk bangat seyh! rambut aku terpacak abis dh time nii

sejuuuk!


acoi sempoi!


flying~


next pit stop air terjun depan tu skit ja mmg best gilaaaa walaupon x mandi lagi kt sini, aku dh silap nie actually ke sini dulu baru mengeteh tadi dh poning dh ;p
yg ni best gak leh relax2 dulu sebelum mengeteh...


real waterfall =)


haaa yg niii baru yg real! hahah best gilor! sejuk bawah 0 degree aku rasa ramai jugak orang kt sini

alolololo


mmg aku masok ja air tu, terketar2 kepala =.="


santai


lepas mandi ja santai lak di bawah sinaran mataharigay moment


i just cannot stop from laughing :D


siot!

siot man! hahahahaa



siap2

dh siap2 nk balik dh time niii, pakai2 baju semua, aku tension time ni boxer aku leh lak jatuh tepi batu tu tah sapa yg wat, kira mmg bebas abis makhluk dalam seluar jeans aku tu haih =.="




zzzz


akibat terlampau penat aku x leh tahan aku pon tidoo kt kedai makan , x makan
overall aku rate mmg best tahap luar fikiran anda semua aaaa hahahhaha


okay end here =)

Labels:

Saturday, April 18, 2009

My Top 5 =.="

yey2 ayie tag aku =) [siot]

Senaraikan 5 hadiah yg anda impikan:
1. iPod Classic T_T
2. hadiah besdey yg BH kata nk bagi tapi tak bagi2 =.=" [ mana wey!? ]
3. hadiah hari lahir
4. kasut futsal baruuuuu T_T
5. selipar memandangkan selipar di v1c semakin pupus kesian kt man [ aku gak jadi mangsa =.=" ]


Alasan terhadap pilihan tersebut:
1. sibuk asal?
2. aku menanti sampai sakit perut!
3. asal sibuk sangat?
4. kasut aku dh terkeluar tapak kena celup air M buwat dan calar balar macam tuan dia dh T_T
5. x reti baca ka apa?


5 impressions terhadap org diminati:
1. bidadarikah?
2. cool tastingo
3. parkinson aku tgk kamu!
4. COMEL GILA!
5. roh aku terkeluar dari jasad


5 perkara hebat yg pernah dilakukan:
1. lari terlalu pantas dalam acara seratus meter sehingga penjaga garisan tidak menyesahkan kemenangan aku
2. pernah tuang kelas kerana memberontak dengan cikgu dan menyorok dalam locker sehingga berpeluh2 ketiak dan basah2 kepala tanpa kantoi
3. membuat karipap di mana intinya di luar
4. boleh tido selama sehari suntuk tanpa sedar
5. boleh sedar selama sehari suntuk sambil kepala bergoyang2

5 ciptaan yg paling disukai:
1. mawi - tercipta untukku
2. ungu ft rossa - tercipta untukku
3. game dota
4. manusia
5. roller coster!


5 perkara dibenci:
1. dadah musuh no 1 malaysia
2. sex rambang no 2 kot? @ rasuah? :|
3. bersepah2 serabut2 tongkang pecah bau bacin
4. stokin busuk hehe
5.
pempuan yg suke wat lelaki berharap..pigidah!!! [ go ayie go ^^ ]

5 org nk kena tag:
1. dyafia
2. BH setiap sorang
3. fauzan
4. anas
5. akmal



Thursday, April 16, 2009

Friday Morning

"you are what you think, you are what you believe and you are what you do ... "
this is what suddenly came across my mind after i watched a korean series and try to get to sleep but cant, thinking too much perhaps

suddenly i feel like to express something but dont know where so sorry mr blog to dirt u again
this came across head when i try to sleep whats i called it as 'reflection of myself'
i did try to motivate myself by reflecting myself everyday because before this i heard that if u can discipline yourself to do so you can become a better person
but do u believe i would do that? dont be ;p

i've figured something this morning how time so fast pass me by
i still can remember when i was in terengganu back then, in Yayasan played with my friends and accidentally get stung by bees on my head...
i still can remember when i was in perlis my best friends moving only God know where...
i still can remember when the camp i attended during primary school,secondary school,even when i in uni...
i still can remember all the tournament i took part in, feel the atmosphere, feel the glory, feel the pain...
i still can remember how i almost die in accidents...
and the bottom line is i still can remember how i changed so drastically...

so i keep thinking and thinking..
once i've think about whats the purpose of my life..
im sure this question will be answered as i walk through this painfull journey..

stop here 1st, the soul is flying away suddenly as eD called me just now =.=" zzz eD spoiler lol

ok2,btw im really happy just now after chat with hariz, he promised me to buy me Arsenal jersey and gimme for free if i excel in my final exam,well hariz dont worry have trust in your brother ;p
ggghhhuaaarh! really fire up! ^^ cant wait for your arrival hariz!! ^^


okay wanna take my breakfast 1st, eD is coming

|ooooooooooouuuuuuuuuuuuuuuuuutttttttttttttttttttt!| =)


"if i could change the world.." - Eric Clapton

Labels: